" Bicara tentang cinta perihal hati ke hati"- sajak Rajawali
begitulah antara bait-bait kata berkaitan cinta yang dipetik dari sajak rajawalai yang ditulis oleh seorang penyajak terkenal dair Indonesia yang ditujukan khas buat Dato' seri Anwar Ibrahim, tetapi dalam hal ini aku bukan memberi tumpuan terhadap Dato seri Anwar tetapi lebih kepada tentang cinta.
Berbbicara tentang cinta ini, cinta boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian antarannya cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta Kepada Ibu bapa, cinta sesama insan, dan beberapa lagi. berbalik kepada bait-bait sajak tadi dapat disimpulkan hati memainkan peranan utama dalam menimbulkan perasaan cinta, ya saya yakin cinta bermula dengan dengan hati bagaimana timbulnya perasaan cinta itu, bila cinta menguasai diri hati mula tidak tenteram.
Kata orang cinta itu datang dengan sendiri dan datang dengan tiba-tiba. tidak perlu diminta, bila ia datang kita tidak akan mampu untuk lari daripadanya. cinta juga ibarat anak panah sekali terlepas pasti akan menusuk dimana sahaja.cinta juga merupakan suatu perasaan yang sukar untuk digamabarkan, hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja tahu bertapa agungnya cinta itu.
Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorbankan kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.


No comments:
Post a Comment